Tetamu Istimewa bersama Cik Ta dan Sirmeth

Submitted by fazelah on Thu, 12/21/2017 - 11:12

Tetamu kita hari ini adalah Tuan Haji Mohd Johari Hj Muslim (JiJo) dari Yayasan Warisan Johor mewakili Pentas Teater Karya Johor 2017 anjuran Kerajaan Negeri Johor diselenggara oleh Majlis Kebudayaan Negeri Johor dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor. Beliau akan memperkatakan tentang kegiatan teater dan kebudayaan yang diketengahkan oleh MKNJ dimana kelab kesenian UTHM juga mendapat geran pementasan.