Pemain futsal wanita Malaysia Sukan SEA (KL2017) : Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri

Submitted by uthmradio on Wed, 09/20/2017 - 12:33

 

 

Temubual eksklusif oleh Penyampai UTHM Radio iaitu Anbia dan Nash bersama Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri telah berlangsung hari ini

Beliau terpilih di dalam skuad futsal wanita Malaysia di SEA Games Kuala Lumpur 2017 yang lalu setelah menjalani pemilihan hampir setahun. Selain futsal, beliau juga dipanggil mewakili skuad bola sepak wanita negara tetapi memilih futsal untuk KL 2017.

Pelajar jurusan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini mengatakan, menyambung pelajaran tidak menghalang beliau untuk terus aktif di dalam sukan.